Tuesday, August 24, 2010

2 TAHUN


semoga dimurahkan rezeki... dibuka byk peluang2..
insyaallah
-amin-

lama gile tak update blog ni.. ahaha


lama tak update blog.. bebulan gak la. band sekarang slow.. masing masing sibuk.. study, kerja ngan macam macam lagi la.. ahaha.. lagu baru pon tak siap lagi.. gig pon dah betahun tak main.. kalau nak ikut last perform.. masa battle of the band aritu je la kot..

25-8-2010

aku(liyas) pon tak tau nape tetibe je arini 25/8 (rabu) bersamaan ngan 15 ramadan.. rase cam nk tulis blog.. rupe2nye arini ulang tahun ke 2 band emptinest ahah.. HAPPY BIRTHDAY EMPTINEST!!!!




SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

selamat berpuasa kepada semua



Friday, February 12, 2010

selamat tahun baru cina



kami mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina kepada seluruh kaum cina di malaysia

Sunday, January 31, 2010

ZGB= ZipGunBoogie


yoooo! ZipGunBoogie band baru ni! band yang ditubuhkan oleh saudara Herry(2nd guitar)...kire ni projek band herry lah..ahah
ZGB turut dianggotai oleh Pok(bass) , Jaja(1st guitar), Muiz(drumm)

ok nantikan saje rilisan dari ZGB ye.. insyaallah mungkin mereka akan mghasilkan single tak lame lg...

ok! rock n roll yeaah!

*for more information visit: myspace.com/zipgunboogie10

Friday, November 6, 2009

BATTLE OF THE BAND * rakan muda (7.11.2009)








kitorang join battle ni pun last2 minit confirm(sangap perform punye hal ahaa), esok nak battle malam tu baru nak praktis fuh.. gile wok.. aha.. nak fikir lagu nak main lagi. dah sampai studio jamm nak praktis penuh pastu pukul 12.40 tengah malam baru kosong. Bedal je jamm 2 jam ahaha. kitorang dengan dah lame gak a tak jamm. last jamm kalau tak silap selepas raya. Tapi Alhamdullillah sempat juga kitorang praktis. Habis praktis dalam pukul 3. Sampai rumah dah pukul 4 pagi. Balik terus tidur( tidur 3 jam je..pohh paleh weh!). bangun je tidur siap-siap pastu isi borang( poohh borang baru nak isi last2 minit!).. siap je isi borang terus cabut pergi ke venue battle of the band. Ramai juga la band yang join(semua band dari sekitar rompin). Setelah cabut undi untuk menentukan giliran , Emptinest main nombor 6(nasib baik tak main 1st! aha!).Tapi untuk pengatahuan semua kitorang masa battle ni kitorang pakai nama "Emptinest and the teratai stoner" aha.. tapi nama ni guna masa battle ni aje. Nama ni Muiz(drummer) yang tulis kat borang sebab kitorang ni telah diseponsor oleh saudara Bali@along jadi dia kalau boleh nak kitorang guna nama Desa Teratai( nama sebuah desa@kampung di muadzam), tapi sebab kitorang nak juga ada nama emptinest tu, pastu jadi la nama emptinest and teratai stoner.. macam mana boleh dapat "teratai stoner" tu?? ha.. kebetulan pulak masa nak isi borang tu ada la sorang member kitorang nama dia Bhai pakai baju The Ston
e Rose..bila muiz nampak je "stone" tu terus je dia tulis. ahaha(lantakKawWa muiz ahaha!).

MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN

selepas selesai je kitorang perform. kitorang pon pergi la makan dan minum semasa makan kami dapat berita yang salah seorang juri battle pada hari itu iaitu Encik Hamzah telah jatuh sakit ketika sedang mengadili battle tersebut( serangan jantung). En. Hamzah terus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.. tapi ALLAH lebih menyayangi beliau.. En. Hamzah pulang ke rahmatullah pada jam 2 lebih(petang). Selepas sahaja berita kematian beliau pihak organizer telah membatalkan battle tersebut dan memulang kan wang deposit kepada band. Pihak organizer juga telah mengumumkan battle of the band ini akan diadakan semula pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak insyaallah..

Kami disini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Bali@along kerana sudi seponsor kami.

*marilah kita sedekah al-fatihah kepada arwah en.Hamzah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman



Tuesday, September 22, 2009

selamat hari raya kepada semua umat islam!

Tamat sudah sebulan kita semua mengerjakan ibadah puasa, sekarang tibalah masanya kita semua menyambut hari raya di bulan syawal ini dengan penuh kegembiraan,hari raya adalah hari kita umat islam meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu makan dan macam-macam nafsu lagi selama sebulan di bulan ramadhan.
dikesempatan ini emptinest mengucapkan selamat hari raya kepada semua islam dan menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada tersalah silap.