Friday, November 6, 2009

BATTLE OF THE BAND * rakan muda (7.11.2009)








kitorang join battle ni pun last2 minit confirm(sangap perform punye hal ahaa), esok nak battle malam tu baru nak praktis fuh.. gile wok.. aha.. nak fikir lagu nak main lagi. dah sampai studio jamm nak praktis penuh pastu pukul 12.40 tengah malam baru kosong. Bedal je jamm 2 jam ahaha. kitorang dengan dah lame gak a tak jamm. last jamm kalau tak silap selepas raya. Tapi Alhamdullillah sempat juga kitorang praktis. Habis praktis dalam pukul 3. Sampai rumah dah pukul 4 pagi. Balik terus tidur( tidur 3 jam je..pohh paleh weh!). bangun je tidur siap-siap pastu isi borang( poohh borang baru nak isi last2 minit!).. siap je isi borang terus cabut pergi ke venue battle of the band. Ramai juga la band yang join(semua band dari sekitar rompin). Setelah cabut undi untuk menentukan giliran , Emptinest main nombor 6(nasib baik tak main 1st! aha!).Tapi untuk pengatahuan semua kitorang masa battle ni kitorang pakai nama "Emptinest and the teratai stoner" aha.. tapi nama ni guna masa battle ni aje. Nama ni Muiz(drummer) yang tulis kat borang sebab kitorang ni telah diseponsor oleh saudara Bali@along jadi dia kalau boleh nak kitorang guna nama Desa Teratai( nama sebuah desa@kampung di muadzam), tapi sebab kitorang nak juga ada nama emptinest tu, pastu jadi la nama emptinest and teratai stoner.. macam mana boleh dapat "teratai stoner" tu?? ha.. kebetulan pulak masa nak isi borang tu ada la sorang member kitorang nama dia Bhai pakai baju The Ston
e Rose..bila muiz nampak je "stone" tu terus je dia tulis. ahaha(lantakKawWa muiz ahaha!).

MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN

selepas selesai je kitorang perform. kitorang pon pergi la makan dan minum semasa makan kami dapat berita yang salah seorang juri battle pada hari itu iaitu Encik Hamzah telah jatuh sakit ketika sedang mengadili battle tersebut( serangan jantung). En. Hamzah terus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.. tapi ALLAH lebih menyayangi beliau.. En. Hamzah pulang ke rahmatullah pada jam 2 lebih(petang). Selepas sahaja berita kematian beliau pihak organizer telah membatalkan battle tersebut dan memulang kan wang deposit kepada band. Pihak organizer juga telah mengumumkan battle of the band ini akan diadakan semula pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak insyaallah..

Kami disini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Bali@along kerana sudi seponsor kami.

*marilah kita sedekah al-fatihah kepada arwah en.Hamzah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman



No comments:

Post a Comment